Friday, 6 September 2019

Mendapan Pasir : Solusi Terbaik Sedang Dirangka

SHARE
Dr Azman Ibrahim berkata solusi mendapan pasir berada di fasa terakhir.
Oleh :  Hidayah Azlin

SETIU, 6 September - Kerajaan negeri sedang merangka solusi terbaik bagi menyelesaikan isu mendapan pasir yang menyebabkan kesukaran pergerakan keluar masuk bot para nelayan di seluruh Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan rungutan tersebut tanpa melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Katanya, kawasan Kuala Merang dan Kuala Mangkuk yang mengalami masalah sama turut akan diselesaikan secepat mungkin apabila rangka operasinya sudah berada di peringkat akhir.

“Dengan cara memberi hak kepada Syarikat untuk mengalihkan pasir yang ada di kuala ini, dia keluarkan pasir dan ia boleh jual. Dalam masa yang sama kerajaan negeri dapat cukai dari peralihan pasir itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Program melabuh Unjam Negeri Terengganu 2019 di Pengkalan Nelayan Rhu 10, di sini semalam.


Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bahri Abdul Rahman.

Katanya, Terengganu merupakan negeri yang paling banyak terlibat dengan kawasan laut dan pantai, dianggarkan sebanyak 14 kuala bermula dari Kemaman hingga Besut.

“Semua kuala kita berhadapan dengan masalah mendapan pasir yang menyukarkan pergerakan keluar masuk bot. Alhamdulillah, pasir ini bernilai tinggi untuk kerja-kerja penambakan dan ia menjadi rebutan.

“Sekarang ini berada di peringkat kerajaan menyusun rapi daripada Merang, Kuala Mangkuk, Kuala Ibai, Merchang dan lain-lain. Saya berharap kita semua di sini bersabar sekejap sahaja lagi kerana ia berada dalam perhatian dan tindakan kerajaan,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: