Tuesday, 10 September 2019

Marang Mahu Wujud Pasar Budaya Terapung

SHARE
Dataran RTB Batu Putih bakal jadi Pasar Budaya Terapung oleh Khairan Mat Jusoh
MARANG, 10 September - Marang antara daerah yang bakal memperkenalkan Pasar Budaya Terapung dengan memilih Dataran RTB Batu Putih di sini sebagai lokasi terbaik  untuk mengetengahkan produk berasaskan budaya dan gaya hidup penduduk setempat.

Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, kewujudan pasar tradisional itu bakal menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar negara untuk lebih mengenali Marang.

Katanya, bagi memperkenalkan Pasar Budaya Terapung itu, satu festival akan diadakan dengan menyajikan pelbagai pengisian termasuk aktiviti pameran, bangsal tradisional, persembahan silat, demonstrasi masakan tradisi, anyaman di samping perkhidmatan menelusuri Sungai Marang pada 27 September ini.

"Konsep ini unik kerana selain pasar tradisional berasaskan budaya, pelancong juga akan dibawa menaiki bot menelusuri sungai bermula daripada jeti Marang ke dataran ini sambil menyaksikan produk-produk lain yang terdapat di sepanjang sungai.

"Kita juga akan mendapatkan kerjasama daripada agensi pelancongan dan hotel untuk membawa para pelancong menggunakan perkhidmatan bot pelancongan 'river cruise' pada malam festival itu," 

Menurut Tun Ahmad Faisal, Dataran RTB Batu Putih juga akan dijadikan sebagai terminal bagi perkhidmatan bot pelancongan river cruise. -


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: