Sunday, 22 September 2019

Lupakan Persengketaan Lama

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 22 September- Masyarakat  di sarankan agar melupakan persengketaan lama yang disebabkan oleh perbezaan ideologi politik.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, mereka juga perlu  memandang ke hadapan bagi bersama-sama menghadapi cabaran yang lebih besar.

"Kita jangan jadikan perkara kecil sebagai penghalang untuk kita duduk bersama bagi menghadapi musuh yang lebih besar.

"Kita perlu menjaga perpaduan di antara kita bagi mewujudkan suasa yang harmoni dalam masyarakat,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Puteri pada semalam.

Menurutnya, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kesihatan Daerah Besut, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Gong Kedak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS).

Tambah beliau, terdapat aktiviti menarik yang diadakan antaranya cabutan bertuah dan jamuan rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: