Tuesday, 10 September 2019

Lebih 1,000 Meriahkan Hari Fisioterapi Dunia KTS

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 10 September- Lebih 1,000 orang memeriahkan sambutan Hari Fisioterapi Dunia di Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), baru-baru ini.

Menurut jurucakap KTS, sambutan yang bertemakan 'Movement For Health' itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap bidang fisioterapi serta pergerakkan untuk kesihatan yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti.

Katanya, program tersebut mendapat kerjasama dan penyertaan daripada Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) dan juga Kelab Basikal Terengganu (Terengganu Cycling) melalui acara suaikenal bersama ahli-ahli kelab.


“Selain dari cabaran fisio, terdapat banyak aktiviti-aktiviti keluarga yang turut diadakan untuk memeriahkan acara antaranya pertandingan Beyblade, mewarna, aktiviti kecergasan seperti latihan circuit, ‘human foosball’ dan banyak lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, KTS diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd, anak syarikat TDM Berhad yang juga menguruskan tiga lagi hospital swasta lain seperti Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC).
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: