Friday, 27 September 2019

Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’

SHARE


KUALA TERENGGANU, 27 September - Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran.

Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza.

“Pandangan Profeser Jomo itu  adalah  pandangan seorang ahli ekonomi  dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika.

“Jadi pada saya  ahli-ahli ekonomi seperti  Profeser jomo  sebenarnya ada pendapat dia  berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam.

Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta kehendak kerajaan.

“Jadi pada saya ikut (pendapat) Perdana Menteri dalam bab ini,” tegasnya.

Menurut laporan media, Dr Jomo berkata, kerajaan kini tidak ada sebab untuk meneruskan komitmennya kepada projek ECRL selepas terbongkar yang projek itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Namun demikian menurut Tun Dr Mahathir, kerajaan tetap komited melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana pandangan Dr Jomo adalah pandangan peribadi beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: