Wednesday, 11 September 2019

Kembara Alam Satukan Penggemar Motocross

SHARE
Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin.
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 11 September- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Bukit Besi bakal menganjurkan sukan ekstrem ‘Kembara Alam’ yang akan menghimpunkan belia yang gemarkan sukan motor lasak (motocross) selama dua hari bermula 27 September ini.

Pembantu Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin berkata, program berkenaan akan bermula di Felda Jerangau menuju ke Cengal Besar yang terletak di Hulu Dungun.

Katanya, objektif penganjuran program tersebut antaranya mempromosikan khazanah semulajadi di Bukit Besi disamping mengeratkan silaturahim antara anak muda.

 “Lokasi tersebut dipilih kerana mempunyai cabaran treknya yang tersendiri dan penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada 'Jerangau Motorcross Team' (JMT).

"Pelbagai pengisian bakal diadakan bagi meraikan minat anak muda terhadap dunia sukan ekstrem motocross  dan tidak lupa pengisian kerohanian dengan mengadakan tazkirah, usrah di samping pelbagai acara santai yang lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.

Katanya, penyertaan program terbuka kepada semua belia DUN Bukit Besi yang berminat menerokai dan merasai pengalaman mencabar melalui trek ke Cengal Besar.

"Satu lokasi yang menjanjikan kepuasan dan  kecantikkan semulajadinya," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: