Wednesday, 18 September 2019

Kampung Lintang Calon Desa Harapan

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 18 September- Kampung Lintang, Batu Sawar tercalon sebagai Desa Harapan yang dinilai melalui program Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Sawar, Khaziman Khalik berharap kampung berkenaan terpilih sebagai pemenang Desa Harapan untuk kemajuan dan pembangunan jangka masa panjang.

"Diantara faktor yang menjadikan Kampung Lintang ini terpilih mungkin kerana dinilai daripada aspek sosio ekonomi yang ada, juga banyak projek yang sedang diusahakan penduduk.

"Diantaranya projek tanaman Durian 'Musang King', penternakan ayam daging, juga mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menghasilkan makanan sejuk beku, kerepek, cili boh, selain adanya anak muda yang mengusahakan tanaman lada secara fertigasi," jelasnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai Kampung Lintang yang tercalon sebagai Desa Harapan, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, semalam pihaknya telah membuat pembentangan kepada pihak penilai.

"Harapan kita agar selepas panel penilai yang terdiri daripada pihak KPLB Putrajaya, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan juga daripada pihak Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu memihak kepada Kampung Lintang," jelasnya.

Menurut beliau, pelbagai insiatif dan kemudahan dapat diperoleh apabila terpilih.

"Sebagaimana yang saya tahu dan dimaklumkan apabila terpilih menjadi Desa Harapan maka banyaklah sumber-sumber daripada kerajaan mahupun sayarikat swasta yang membantu memajukan kampung temrasuk bantuan mesin untuk perusahaan IKS  dan sebagainya," ucapnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: