Wednesday, 18 September 2019

Kampung Besol Pertahankan Kejuaraan

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 19 September- Kampung Besol mempertahankan kejuaraan apabila muncul juara bagi kali kedua berturut-turut Pertandingan Memasak Bubur Asyura Perpaduan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, kelmarin.

Pengerusi MPKK Besol, Nasharuddin Mohd Salleh berkata, kemenangan itu adalah hasil kerjasama seluruh ahli komuniti didalam MPKK berkenaan.

“Antara yang menjadi kriteria untuk muncul juara ialah penglibatan orang kampung yang mana kita berjaya mengumpulkan 100 orang penduduk untuk bersama-sama memasak bubur asyura terbaik tanpa mengira fahaman politik apatah lagi selepas wujudnya muafakat Nasional.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program tersebut yang disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan Ghazali Sulaiman di Balairaya Bukit Besi.

Turut Hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi, Khaziman Khalik serta Penolong Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias yang merupakan ketua juri pertandingan berkenaan.


Sementara itu, menurut Zakiah, beberapa kriteria telah dipilih bagi menentukan kejuaraan.

"Pertama dinilai dari sudur tekstur dan rasa, juga dari sudut keceriaan dan kebersihan, persediaan makanan yang betul, penglibatan AJK MPKK, penglibatan orang kampung serta langkah keselamatan yang diambil ketika memasak," ujarnya.

Katanya, pada pertandingan itu MPKK Besol muncul sebagai juara dengan memenangi wamg tunai RM 500, tempat kedua pula MPKK  Bukit Besi (RM 400) dan diikuti tempat ketiga oleh MPKK Perumahan Bukit Besi dengan memenangi wang tunai RM 300.

Dalam pada itu Ghazali berkata, objektif dan matlamat sebenar penganjuran program berkenaan adalah sebagai magnet untuk menarik keterlibatan semua ahli komuniti di setiap MPKK.

"Dengan memilih hari cuti sempena hari kebangsaan, juga bersempena dengan sambutan Awal Muharram yang sinonim dengan bubur Asyura, agar terpupuknya jalinan kerjasama yang erat diantara penduduk.

"Supaya kekal harmoni dan sejahtera, tanpa adanya persengketaan  dan perselisihan faham diantara anggota masyarakat, agar terus hidup bersatu padu serta mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain," ucapnya

Tambahnya, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakannya di DUN berkenaan, semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun yang lalu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: