Tuesday, 3 September 2019

'Jetski Challenge' Tingkat Ekonomi Penduduk

SHARE




Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 3 September - Penganjuran Jetski Terengganu Challenge selama dua hari yang berakhir kelmarin di Tasik Puteri Bukit Besi telah berjaya merancakkan ekonomi penduduk setempat khususnya yang berkait dengan perusahaan penginapan dan perhotelan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tersebut bukan sahaja disertai peserta dari dalam negara bahkan mengamit kedatangan peserta dan pengunjung luar termasuk dari Brunei dan Thailand.

"Saya tengok banyak gerai-gerai yang telah diwujudkan sempena penganjuran ini, selain tempat penginapan yang ditempah. Alhamdulillah ini semua menambahkan lagi rezeki penduduk di Bukit Besi ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di program berkenaan yang dianjurkan oleh RCT Meganrata, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan kementerian Pelancongan Negeri Terengganu.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran acara demikian diharapkan akan berterusan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

"Supaya Bukit Besi akan lebih dikenali didalam bidang sektor pelancongan memandangkan kita tidak ada sumber perolehan lain yang boleh membangunkan Bukit Besi.

"Kita di peringkat DUN tidak akan mampu untuk anjurkan program berskala besar ini yang boleh anjurkan adalah syarikat-syarikat besar, jadi kita minta agar kerajaan negeri mencari insiatif bagi menetapkan program seumpama jetski ini sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu, "jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: