Sunday, 8 September 2019

Jadikan Tiga Pesanan Rasulullah SAW Untuk Bina Komuniti Madani

SHARE

HULU TERENGGANU, 8 September – Orang ramai  dinasihatkan supaya tidak berlumba mengejar kebanggaan, saling dengki mendengki, benci membenci dan saling berjauhan kerana ia mengajar tentang konsep pembinaan komuniti yang madani dalam kehidupan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri, Dr Mamad Putih, berkata  ketiga-tiga pesanan ini terkandung dalam hadis riwayat muslim dan jangan berlumba dalam kebanggaan menjadi asas paling utama yang mana sikap individualistik mestilah dijauhi kerana tidak akan membawa keuntungan dalam kehidupan bermasyarakat .

Katanya, tidak salah mengejar kebanggaan dan kepentungan masing-masing  tetapi perlu diingatkan agar berpada-pada dalam tindakan supaya tidak sedikitpun memberi kesan tidak baik kepada kerukunan kemasyarakatan.

“Teras kedua, Baginda SAW mengajar kita untuk menjaga hati dalam kehidupan iaitu menjauhi sikap dengki mendengki serta saling benci membenci sesama kita dan hubungan antara kita seharusnya didasari dengan ketulusan dan keikhlasan.

“”Yang tua dihormati , yang muda disayang, yang berat ditampung, yang ringan dijinjing, yang baik disokong, yang tidak baik patut ditegur dengan hikmah jauhilah kitbah dan umpat cela apalagi fitnah dan tipu daya , kesemuanya amalan buruk ini boleh membunuh anggota masyarata kita secara halus lalu meleraikan perpaduan yang telah dibina,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutup Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, di sini semalam.


Tambahnya lagi, saf juga perlu dirapatkan termasuk menguatkan ikatan persaudaraan kerana dapat membentuk perpaduan.

Sementara itu, Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata Pekan Budaya merupakan program acara tahunan yang dianjurkan untuk mengumpulkan seluruh komuniti daerah Hulu Terengganu dengan pelbagai aktiviti .

“Program yang semestinya dapat mengeratkan komuniti tempatan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan fikiran malah inisiatif penganjuran program seperti ini patut dipuji kerana inilah satu medan untuk kita membina hubungan sesama kita.

“Di sini adalah tempat untuk kita mendapatkan pelbagai informasi berkaitan khidmat yang disediakan daripada pelbagai jabatan samada dari pihak kerajaan mahupun dari pihak luar yang membuka booth pameran mereka di sini,” ujarnya.

Menurut beliau, program sebegini sedikit sebanyak mengalakkan percambahan ekonomi  antara satu sama lain yang disulami dengan aktiviti santai dan ilmiah yang telah dirangka oleh penganjur.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: