Tuesday, 17 September 2019

IPU Negeri Terengganu Tahap Sederhana

SHARE
Satu pemandangan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Keadaan IPU ditahap sederhana.
KUALA TERENGGANU, 17 September - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Indeks Pencemaran Udara (IPU) negeri Terengganu berada pada tahap sederhana sehingga jam lapan pagi tadi.

Pengarahnya Ramli Abd Rahman berkata, IPU pada tahap hijau (sederhana) itu diukur di empat daerah terpilih termasuk Kemaman, Paka, Kuala Terengganu dan Besut.

Katanya, Besut mempunyai tahap kualiti udara agak baik iaitu pada tahap IPU 54, Kuala Terengganu (68), Paka (87) manakala Kemaman (96).
Ramli Abd Rahman.

Tahap IPU meningkat di Besut kepada 57, Kuala Terengganu (70), Paka (88) dan Kemaman menurun kepada 94, dicatat pada jam 1 petang tadi.
Carta IPU  Terengganu setakat jam 1 petang  tadi.
Ketika dihubungi hari ini beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh mengadakan aktiviti luar rumah tetapi  perlu memakai penutup hidung dan mulut (mask).

Difahamkan jerebu memberi kesan tidak baik kepada mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti Asma dan lain-lain.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri, Roslidawati Ramli ketika dihubungi memaklumkan bahawa setakat ini tidak ada sekolah ditutup kerana jerebu di Terengganu.

"Jika ada perkembangan baharu berhubung dengan sekolah ditutup berkait dengan IPU di Terengganu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri akan memaklumkan kepada media dengan segera," jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: