Tuesday, 3 September 2019

HIJRAH Ajak Remaja Berhijrah

SHARE





Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 3 September -  Seramai 300 pelajar sekolah menengah terpilih di daerah ini,  hadir pada Himpunan Remaja Sejahtera (HIJRAH) 1.0 yang bertujuan  menyuntik semangat hijrah di kalangan remaja.

Penolong Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Aswadi Mohamad, berkata, remaja khususnya pelajar yang berada di hadapannya ini haruslah sentiasa meningkatkan potensi diri dalam setiap aspek.


“Jaga akhlak, adab dan tingkah laku sama ada berada di kawasan sekolah mahupun luar sekolah demi masa depan Islam yang lebih baik,” katanya ketika merasmikan program tersebut yang berlangsung di Pusat Sains dan Kretiviti Terengganu, Kampung Laut, di sini semalam.

Pengarah program 'HIJRAH', Luqman Roomali memaklumkan, program itu bertujuan menyuntik dan meningkatkan motivasi remaja agar lebih cemerlang dengan mengaplikasi tips dan teknik yang berkesan.

“Pengisian penuh himpunan ini disampaikan menerusi dua slot iaitu pertamanya Slot Motivasi Tips Belajar Terbaik yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan penulis buku 5 Magic Bullets Teknik Belajar Universal, Dr. Sharif Ahmad.


“Slot kedua yang bertajuk 'Tips Remaja Terbaik ' yang telah disampaikan oleh motivator dari Dynamic Solutions Training & Consultancy (DSTC), Zool Amali Muhd Nor,” katanya.

Turut serta pada majlis tersebut  Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang (SAHABAT SEJAHTERA MARANG), Yusuf Abdul Hadi dan Presiden Kluster Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: