Wednesday, 11 September 2019

Hargai Kebolehan Dan Kecenderungan Anak

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 11 September - Setiap ibubapa menginginkan anak-anak berjaya cemerlang di dalam peperiksaan awam tetapi mereka harus sedar akan kebolehan dan tahap pemikiran yang dimiliki adalah berbeza.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, ibu bapa tidak seharusnya memaksa dan menyisih anak mereka sekiranya gagal mendapat keputusan cemerlang.

"Terima seadanya kemampuan mereka dan anak-anak pula berusahalah buat yang semampunya untuk gembirakan mak ayah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan  lawatan ke sekolah rendah DUN Rantau Abang sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini semalam.

Antara yang sempat dilawati beliau termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar, SK Serdang serta SK Pulau Serai.

Dalam pada itu, Alias turut memuji usaha keras semua pihak membuat persiapan termasuk pecutan akhir untuk anak-anak pelajar.

"Pada tahun ini kita mengharapkan lompatan saujana untuk keputusan peperiksaan tahunan ini, melebihi tahun - tahun sebelum ini hasil usaha bersungguh-sungguh murid,  guru dan ibu bapa,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: