Saturday, 7 September 2019

Guan Eng Tak Perlu Melenting! - Dr Khairuddin

SHARE
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
KUALA NERUS, 7 September - Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak perlu melenting mengenai Kempen Beli Produk Muslim kerana menjadi hak orang Islam dalam sistem demokrasi membeli produk keluaran rakan mereka sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman  Razali berkata, mengutamakan produk muslim adalah hak rakyat Muslim.

"Tentulah setiap orang lebih mengutamakan saudaranya sendiri yang berniaga. Itu adalah hak persaudaraan Islam. Itu juga hak demokrasi pengguna untuk memilih dan mengutamakan produk yang mereka suka," ujarnya.

Beliau mempertikaikan kenapa Menteri Kewangan itu panas punggung mengenai tindakan tersebut.

"Adakah ia memberi kesan kepada ahli perniagaan DAP yang menjadi pendokong dan pembiaya utama DAP. 

"Kalau benar, maka betullah tindakan umat Islam mengutamakan produk muslim sebagai respon terhadap sikap biadap pendokong DAP terhadap Islam dan Melayu akhiran ini," katanya dalam satu kenyataan media di status Facebooknya baru-baru ini.

Beliau berkata, Nabi s.a.w. membina pasar baru untuk orang Islam di Madinah apabila kehadiran Nabi s.a.w. berniaga di pasar Bani Qainuqa yang didominasi oleh Yahudi tidak dialu-alukan. 

Akhirnya kata beliau, para pengguna Arab dan Muslim mengutamakan pasar Nabi s.a.w. sehingga memaksa pedagang Yahudi juga akhirnya berniaga di pasar Nabi.

 "Tetapi tentulah mengikut peraturan pasar Nabi iaitu tiada penipuan, tiada monopoli, tiada riba dan tiada cukai.

"Saya menyokong kempen utamakan produk muslim," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: