Saturday, 28 September 2019

Terengganu FC Harap Doa Penyokong

SHARE
Foto:Media TFC.


KUALA TERENGGANU 28 September- Pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain berharap peminat skuad Penyu mendoakan kejayaan pasukan itu dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2019 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam ini.

"Bagi penyokong yang hadir ke Larkin, kami mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menaikkan semangat pasukan," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan pasukan TFC, kelmarin.

Berkunjung ke gelanggang lawan, Nafuzi mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk menundukkan tuan rumah, namun menegaskan perjalanan mereka belum berakhir.
Foto: Media TFC.

"Hadir dengan defisit satu gol, memang sukar kerana JDT hanya tewas sekali di laman sendiri musim ini.

"Tetapi, saya lihat pemain-pemain kini lebih bersedia dan bersemangat untuk mencipta kemenangan," katanya.

Beliau juga memaklumkan telah menerapkan beberapa formasi untuk lebih mendominasi perlawanan malam ini.

Dalam perkembangan sama, pemain tengah, keadaan Ahmad Syamim Yahya dan Thierry Chanta Bin yang baru pulih dari kecederaan masih lagi dalam pemantauan pasukan dan tidak dapat dipastikan samada mampu beraksi dalam perlawanan itu.

Foto:Media TFC. 


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: