Saturday, 21 September 2019

Daerah Besut Catat Aktiviti Dadah Yang Membimbangkan

SHARE

Oleh:Jusmawari Jusoh

BESUT, 21 September - Daerah Besut di antara kawasan mencatatkan aktiviti penagihan dadah antara yang paling membimbangkan.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)Puan Nor Hafizza Mat Zin berkata, keadaan sekarang amat membimbangkan kerana terlalu banyak kes yang melibatkan masyarakat tempatan terutama lelaki.

"Dadah ini adalah bahan sintetik ataupun bahan asli yang boleh merosakkan organ badan manusia apabila diambil secara tidak betul.

"Contohnya ubat batuk, dos dia dua mililiter tapi kita ambil satu botol," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Anti Dadah Daerah Besut anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut di Medan Ilmu Jertih pada semalam.

Menurutnya, perubatan kampung menyarankan supaya ambil daun ketum untuk seminggu dalam perubatan.

"Tapi kita ambil tiap-tiap hari, dicampur pula dengan ubat batuk dan di tambah pula dengan ubat nyamuk," ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor berkata, kempen Anti Dadah akan diadakan selama sebulan dengan mengadakan forum di sekolah dan masjid untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada masyarakat.

"Kita (juga) akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk kempen "Anti Dadah Daerah Besut","

Turut hadir sama ialah Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut,Tuan Najib dan Pegawai Daerah Besut,Tuan Rozali Saleh bagi menjayakan kempen tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: