Tuesday, 24 September 2019

Cinta Mat Dan Bersemi Di Terengganu

SHARE
Muhammad  Khalil (kanan) hadiah dua buah buku kepada Mat Dan.
KUALA TERENGGANU, 24 September - Kata pepatah, 'jika tak kenal maka tak cinta', begitulah cintanya Ikon Pelancongan, Mat Dan kepada negeri Terengganu.

Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 29  begitu cinta kepada Terengganu kerana sering mengelak dari membicarakan naratif tanah tumpah darahnya, England.

Insan lebih gemar menggunakan dialek Terengganu itu, ketika ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengelakkan dari bercerita tentang England sebaliknya mengajak ADUN itu bercakap tentang hobi memancing di laut.

Perkara ini diceritakan sendiri, Muhammad Khalil dalam status Facebooknya Sabtu lepas.
Mat Dan (dua dari kiri) dalam satu pertemuan dengan Muhammad Khalil (kanan).

"Mengopi dengang (dengan) Mat Dang dan saing-saing ( sahabat) kat bandor. Orang nak sembang bab negara Englang, dia duk konar (pusing) bab ngail sokmo (sentiasa) betul ah macang (macam) mung kata, jiwa mung memang Tranung. 

"Suker ngat dia boleh buku dua butir , mudoh-mudohan bermanfaat," tulis Muhammad Khalil.

Mat Dan atau nama Inggerisnya, Daniel Tyler, lahir di Bristol, England pada 18 Oktober 1989 merupakan seorang pengembara dan pengacara England yang berwarganegara United Kingdom, menetap di Malaysia sejak tahun 2009. 

Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Marang dekat sini.

Pada 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. 

Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel.

Dia juga telah berkahwin dengan Nadifa Adnan gadis berasal terenganu pada 2017.

Kini Mat Dan sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki kacukan bernama Muhammad Zayne Danial James Tyler, berusia setahun.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: