Monday, 23 September 2019

Cinta Kepada Ilmu, Contohi Sultan Perak

SHARE
Sultan Nazrin (kanan) berkenan bergambar dengan Hishamuddin di Kinokuniya.

KUALA LUMPUR, 23 September - Siapa sangka kunjungan ke Kinokuniya di sini hari ini berpeluang menemui Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang begitu tekun sekali membelek buku gedung berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, jika seorang Sultan begitu akrab dengan ilmu, alangkah segannya bila rakyat biasa culas menambah ilmu pengetahuan.

"Saya mengira Tuanku Sultan telah mempersembahkan model terbaik buat rakyat jelata. 

"Bukan mudah seorang Sultan untuk mencemar duli berada di tempat tumpuan seperti ini. 

"Baginda bukan sahaja penggemar bahan bacaan. Malah baginda juga berjaya menghasilkan bahan bacaan," tulis Hishamuddin di status Facebooknya hari ini. 

Setakat ini katanya, dua buah buku tulisan baginda telah diterbitkan iaitu 'Memacu Ekonomi’ dan ‘Striving For Inclusive Development: From Pangkor To A Modern Malaysia State'. 

"Baginda juga merupakan Timbalan Yang Di-Pertuan Agung diharap akan terus membimbing rakyat jelata dengan aman makmur.

"Saya tiada apa-apa mesej buat kawan-kawan, cukuplah mesej saya, sama-sama kita contohi Tuanku Sultan.

"Menjunjung kasih tuanku atas perkenan untuk bergambar dengan patik. Daulat Tuanku," ujar Hishamuddin.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: