Thursday, 5 September 2019

Ciapan Twitter Biadab, Hina Sultan

SHARE
Mohd Nasir (tengah) bercakap kepada media selepas membuat laporan polis petang tadi.
KUALA TERENGGANU, 5 September - Dewan Pemuda PAS Terengganu memberi tempoh 24 jam agar pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Tg Haslinda memadamkan status berisi gambar palsu yang disunting.

Ketuanya, Mohd Nasir Abdul Razab berkata, sekiranya pemilik akaun berkenaan enggan berbuat demikian, dewan pemuda itu mendesak agar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik akaun tersebut dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Katanya, perbuatan itu menghina Kebawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud dan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Justeru, Dewan Pemuda memohon PDRM segera bertidak ke atas individu tidak bertanggungjawab itu.

Mohd Nasir (tengah) dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu mempamerkan salinan laporan polis berkenaan ciapan  Twitter individu bernama  Tg Haslinda.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang tadi.

Dalam laporan polis itu, Mohd Nasir menyebut bahawa beliau telah melihat satu ‘posting’ Twitter yang boleh disifatkan sebagai biadab terhadap Sultan Mizan dan Dato’ Seri Abdul Hadi.

Ciapan Twitter itu jelas bertujuan untuk memburukkan Sultan Terengganu dan Ahli Parlimen Marang itu.

“Saya sesungguhnya percaya kenyataan yang dikeluarkan olehnya merupakan satu penghinaan, mempertikai, mempersenda serta bermaksud merendahkan nama, kedudukan  dan batang tubuh Tuanku serta Institusi DiRaja,” tegas beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: