Monday, 2 September 2019

Buku Jambatan Ilmu

SHARE

Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT, 2 September - Membaca buku merupakan jambatan ilmu pengetahuan yang berguna dalam sesebuah kehidupan.

Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, salah satu tujuan Pesta Buku Besut Sejahtera diadakan adalah untuk menarik dan memupuk minat orang ramai membaca.

"Buku merupakan jambatan kepada ilmu yang mana sejarah Islam yang gemilang bermula di zaman Ar-Rasul SAW.

"Dengan budaya ilmu dimana ahli suffah yang berhimpun di Masjid Nabi kerja mereka tidak lain tidak bukan untuk 'memugar' budaya ilmu." jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut pada Sabtu, 31 Ogos.

Menurutnya, pesta tersebut yang berlangsung selama enam hari bermula pada 26 hingga 31 Ogos di Dewan Merdeka Kota Putera Square (KPS),Kampung Raja julung kali diadakan di bumi Besut.

 "Insya Allah dengan sambutan diluar jangkaan ini, kita akan adakan lagi program seperti ini dimasa-masa akan datang," ujar beliau.

Turut hadir sama Pegawai Daerah Besut Tuan Haji Razali Saleh.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: