Thursday, 12 September 2019

Bukit Besar Terengganu Diselubungi Jerebu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 12 September - Mercu tanda Bandar Raya Kuala Terengganu, Bukit Besar kini hanya jelas dilihat dari jarak dekat ekoran keadaan jerebu.

Tinjauan sekitar jam 9.00 pagi tadi mendapati meskipun berada pada jarak 500 meter, bukit tersebut kelihatan kabur.

Kebiasaanya mercu tanda negeri itu akan kelihatan jelas meskipun pada jarak lebih 1 kilometer dari Jambatan Sultan Mahmud.

Walau bagaimanapun, berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Meteorologi, keadaan udara di Terengganu berada pada tahap sederhana dan tidak merbahaya.

Walaupun keadaan IPU Terengganu tidak berada di tahap bahaya, orang ramai disaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kebakaran terbuka agar tidak memburukkan lagi keadaan.

Juga diingatkan untuk sentiasa menitikberatkan kesihatan dalam keadaan cuaca seperti ini dengan mengehadkan aktiviti luar.

Jambatan Angkat kabur dari pandangan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: