Tuesday, 3 September 2019

Anggap Kehidupan Sebagai Ujian

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 September - Setiap kehidupan manusia ada kalanya diuji dengan kesusahan dan jika ianya dianggap sebagai ujian dari Allah maka seseorang itu akan melaluinya dengan tabah serta sabar.

Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Nasir Razak berkata kejayaan menempuh ujian bermakna bukti kekuatan iman seseorang.

"Kalau hendak ambil peperiksaan contohnya kena 'study', kena menghafal, sebab untuk berjaya kena buat begitu," katanya.

Beliau berkata  demikian ketika menyampaikan kuliah motivasi sempena Solat Hajat Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Tingkatan Tiga(PT3), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), di Masjid Kampung Baru Kuala Abang di sini, semalam.

Beliau turut mengingatkan para pelajar peperiksaan bukanlah penentu kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

"Kehidupan kita masih panjang dan yakinlah Allah sentiasa membantu orang-orang yang sabar dan sentiasa memohon kepadaNya," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: