Sunday, 8 September 2019

AMEERAH Sokong Polisi Patuh Syariah Terengganu

SHARE
Pelepasan peserta Fun Run.


KUALA TERENGGANU, 8 September - AMEERAH Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan dan tindakan yang diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam polemik berkaitan pemakaian patuh syariah dalam sukan.

Pengarahnya, Zuraida Md Noor mempertahankan pendirian tegas kerajaan negeri yang bersedia menarik diri dalam beberapa jenis sukan sekiranya bercanggah dengan syariat Islam seperti gimrama dan gimnastik wanita.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita menegaskan, AMEERAH negeri berdiri teguh di belakang kerajaan negeri dalam membela dan menjaga maruah wanita khususnya atlet wanita di Terengganu.
Zuraida nyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.

"Islam tidak menolak sukan dan riadah, bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesihatan kepada umatnya.

"Islam juga meraikan bakat dan potensi seseorang serta mengiktiraf kebolehan dan kehebatan wanita tetapi semua kurniaan Allah mesti digarap dalam ruang lingkup syariat, halal dan haram demi menjaga maruah wanita Islam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Program Sukan Merdeka peringkat Negeri Terengganu, semalam.

Zuraida turut menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak.
Pertandingan Beyblade tarik penglibatan 'hangat' kanak-kanak.

Dalam penganjuran Sukan Merdeka sempena hari kemerdekaan ke-62 itu, sekitar 1,000 peserta terdiri daripada pelajar, kanak-kanak dan dewasa menyertai Fun Run, pertandingan tarik tali, Beyblade dan pertandingan mencari harta karun.

Program berkenaan dirasmikan Wan Sukairi dengan sokongan penuh kerajaan negeri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: