Monday, 30 September 2019

71 Periuk 'Sughe' Mewarnai MKTS

SHARE

Mohd Fazil (tengah) melihat hasil masakan bubur Asyura Gong Kijang.
Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 30 September - sebanyak 71 periuk 'Sughe'(bubur Asyura) mewarnai Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Telaga Daing di sini Sabtu lalu.

Pertandingan memasak bubur Asyura itu melibatkan 66 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kuala Nerus dan lima agensi kerajaan.

Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, program ini bertujuan melihat kreativiti dan kerjasama antara MPKK yang bertanding.
Mohd Fazil ( tengah) menyaksikan pertandingan bubur asyura di MKTS Seberang Takir.

"Kita lihat setiap MPKK mempunyai kreativiti masing-masing dan semangat kerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut.

"Disitulah kita dapat melihat eratnya silaturahim  dan keistimewaan mereka dalam mengubah serta mencantikkan  dekorasi 'Sughe' itu," katanya ketika ditemui di program tersebut.

Johan bagi acara tersebut ialah MPKK pengkalan Arang, tempat kedua dimenangi oleh MPKK Telaga Batin dan tempat ketiga Perumahan Wakaf Tembesu.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Timur dan lain-lain.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: