Thursday, 26 September 2019

529 Pelajar Setiu Terima Manfaat CSR Repsol

SHARE
Pelajar-pelajar yang terlibat.
Oleh : Ariss Alias

SETIU, 26 September - Seramai 529 pelajar daerah Setiu menerima manfaat daripada program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) yang dilaksanakan Repsol Oil & Gas Limited (Repsol) semalam.

Pengurus Keselamatan Repsol, Mohd Nor Hairi Mat Sidi berkata, pihaknya amat menitikberatkan tanggungjawab sosial yang dibahagikan kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.

Katanya, tujuh buah sekolah yang melibatkan pelajar tahun tiga dan empat turut berpeluang mendengar pengisian keselamatan melalui program Kempen Keselamatan bersama Pelajar Sekolah Rendah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok.

“Kempen ini diadakan sebagai satu landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan diri bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah.

“Ini kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri ini,” ujar beliau ketika ditemui media.

Kuiz kesselamatan antara sekolah.
Turut hadir Pegawai Khas Ko-Akademik PPD Setiu, Khairiah Abd Manan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Chalok, Abd Rahman Hussein.

Dalam pada itu, Penolong Pembangunan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu, Rosmadi Nasir yang turut hadir merasmikan majlis amat menghargai usaha Repsol menjayakan program yang telah kali kedua diadakan di daerah Setiu itu dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM50,000.

“Pengalaman dan ilmu pada hari ini tidak terdapat dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Melalui program seperti inilah, mereka mendapat maklumat tambahan,” kata beliau.

“Tahniah kepada pihak Repsol dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dapat memberi manfaat kepada pelajar yang hadir,” tambah beliau lagi.

Dalam sesi kuiz keselamatan antara sekolah, SMK Chalok (Model Khas) dinobatkan sebagai johan manakala naib juara disandang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek dan tempat ketiga milik SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Chalok Barat.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: