Sunday, 8 September 2019

243 Rumah Rosak Kuala Nerus Dibaiki Segera

SHARE
Wan Yusrizal  (kiri) menziarahi mangsa ribut di Kuala Nerus.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS 8 September – Kerajaan Negeri segera membaiki 243 rumah mangsa ribut di sini agar kebajikan mereka terbela.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi mengucapkan takziah kepada mangsa ribut kerana musibah yang luar biasa itu melanda dan merosakkan rumah mereka.

“Al-Hamdulillah saya bersyukur kerana tiada kematian dilaporkan akibat dari ribut berkenaan.

“Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ribut ini melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan beban yang ditanggung mereka,” jelasnya.
Wan Yusrizal (dua dari kiri) di sebuah rumah yang dilanda ribut kuat di Kuala Nerus.

Khamis lalu, penduduk daerah ini dikejut dengan ribut kencang melanda beberapa buah kampung merosakkan atap dan siling rumah mereka.

Sebanyak 243 buah rumah termasuk 150 buah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading, DUN Tepoh (61) dan DUN Bukit Tunggal (32).

Dr Mohd Khairuddin sebelum ini berada di Azerbaijan sejak 6 September lalu kerana menghadiri Perhimpunan Antarabangsa Bagi Parti-parti Politik Asia (ICAPP).

Beliau mewakilkan Pegawai Khasnya, Wan Yusrizal Wan Shafi’i untuk melawat mangsa ribut berkenaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: