Tuesday, 10 September 2019

20 Kuih Pelik Bakal Dipertandingkan Di Karnival Pantai Terengganu

SHARE
kuih tonyoh 

KUALA TERENGGANU, 10 September – Karnival Pantai Terengganu kali ini akan menyaksikan sebanyak 20 jenis kuih tradisional ‘pelik-pelik’ dipertandingkan bermula 12 sehingga 16 September 2019 yang akan berlangsung di Batu Buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Arifin Deraman berkata, antaranya kuih tonyoh, kuih opok-opok dan labu sekaya.

“Jumlah kuih  yang sebagaimana kita sebut, setiap daerah akan bawa paling kurang satu  kuih tradisional masing-masing, maknanya paling kurang lapan jenis kuih.

“Mungkin pada bulan Ramadhan sahaja  boleh bertemu dengan kuih-kuih seumpama ini ataupun  pada perayaan atau sambutan  tertentu, tetapi di karnival  pantai  mereka akan menemui kuih yang kita sebut (itu),” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian di sidang media di Marina Duyong Resort, disini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong dan  Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.

Tambah beliau, pelbagai acara yang menarik akan dihidangkan kepada para pengunjung sepanjang karnival yang berlangsung selama empat hari.

“Dari sudut  permainan dan sudut budaya serta dari sudut apa sahaja akan ditemui di karnival pantai  Terengganu,” ujarnya.

Justeru itu, Ariffin berkata, Karnival Pantai Terengganu 2019 ini sangat penting kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan acara kemuncak setelah penganjuran pekan budaya di setiap daerah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: