Thursday, 8 August 2019

Warga Emas Terharu Terima Sumbangan Katil Beroda

SHARE
Anaknya, Zulkifli Mamat menerima katil bagi pihak Mamat Puteh.

Oleh : Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 8 Ogos – Seorang warga emas, Mamat Puteh, 81, terharu dengan sumbangan katil beroda yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat semalam.

Mamat yang menetap di Kampung Gong Pauh, di sini berkata, bantuan itu dapat meringankan bebannya selepas tidak mampu bergerak berikutan menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit saraf dan prostat.

“Alhamdulilah, saya bersyukur, dengan adanya katil beroda ini, ia sedikit sebanyak memudahkan saya dan keluarga untuk melakukan aktivit harian dengan lebih teratur,” katanya ketika ditemui media semasa penyerahan katil itu.

Hadir sama menyerahkan sumbangan itu ialah Penyelia Pejabat ADUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Abdul Hafiz Ghazali dan Penolong Pegawai IT (Multimedia) & Media Baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Azizi Zakaria.


Sementara itu, menurut anaknya, Zulkifli Mamat, sumbangan tersebut pastinya melegakan mereka sekeluarga kerana dapat mengurangkan beban ayahnya.

“Kami memanjat kesyukuran di atas sumbangan yang diberikan kepada ayahandanya kami.

“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Haji Hanafiah Mat dan kakitangan Pejabat ADUN Cukai yang telah berusaha untuk merealisasikan matlamat kami untuk mendapatkan bantuan katil bagi kemudahan ayahanda kami.

“Semoga ianya memberi manfaat kepada ayahanda dan dapat membantu memudahkan urusan harian beliau,” ujarnya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: