Tuesday, 20 August 2019

Tebang Pokok Elak Bahaya

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 20 Ogos- Pemilik kediaman di kawasan Bukit besi khususnya diminta supaya menebang pokok-pokok tinggi berhampiran rumah mereka yang didapati berisiko mengundang bahaya kepada anggota keluarga.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ini kerana pokok- pokok besar dan tinggi yang berhampiran rumah seringkali dilihat menjadi punca utama mengundang kerosakkan kediaman dalam skala kerugian agak besar.

"Kerana itu adalah lebih baik pokok-pokok berhampiran rumah ditebang. Apabila berlaku musibah contohnya kejadian ribut yang menyebabkan pokok menghempap rumah bukan sedikit kerugian yang dialami penduduk malah boleh mengundang kepada kemalangan jiwa yang tidak diingini.

"Maka kita minta agar pemilik kediaman yang memiliki pokok besar berhampiran rumah carilah insiatif untuk menebang pokok berkenaan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sembilan buah rumah yang ditimpa musibah ribut baru-baru ini, di DUN berkenaan, semalam.

Dalam kejadian ribut yang belaku menjelang Hari Raya Aidiladha itu, enam rumah penduduk Kampung Dendang, sebuah Padang Ping dan dua buah di Kampung Bukit Besi terjejas.

Katanya, pemilik kediaman diharap mengambil tindakan segera memandangkan musim tengkujuh bakal menjelang.

"Nilaian kediaman adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pokok, apatah lagi ianya merupakan tempat untuk berteduh dan berlindung.

"Adalah menjadi tanggungjawab memastikan tempat kediaman ataupun tempat tinggal berada didalam keadaan selamat dan sejahtera," ujarnya.

Dalam pada itu, penduduk yang terlibat didalam bencana berkenaan telah mendapat bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, diberi kos penggantian atap bergantung kepada jenis kerosakkan yang dialami.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: