Monday, 19 August 2019

TDM Berhad Anjur Bicara Patriotik Suburkan Bulan Kemerdekaan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- TDM Berhad julung kalinya menganjurkan Program Bicara Patriotik : Bedah Buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju sempena sambutan bulan kemerdekaan di Lobi Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS Hospital), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Zainal Abidin Sharif berkata, selain menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, program tersebut bertujuan meningkatkan budaya intelektual dan ilmu di kalangan kakitangan kumpulan TDM dan juga orang awam disamping dapat meningkatkan jati diri dengan memahami sejarah dan warisan.

“Sempena bulan kemerdekaan ini TDM turut mengambil bahagian dalam menganjurkan beberapa program, salah satunya adalah bicara patriotik ini.

 “Ianya juga bagi menyokong hala tuju “Negara Membaca 2030,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.


Katanya, bedah buku tersebut telah di sampaikan oleh penulis asal buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju iaitu Profesor Dato’ Dr. Muhammad Abu Bakar.

“Buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju merupakan satu penulisan unik di mana melalui pembacaan dan penghayatan sejarah kita dapat memahami sejarah asal usul dan keturunan Terengganu.

“Buku ini mengupas dengan terperinci mengenai perihal sejarah perkembangan masyarakat Terengganu yang menjadi masyarakat yang hebat suatu ketika dulu,” ujarnya.

Menurut beliau, program tersebut dapat memperkasakan dan meningkatkan pengetahuan asal usul Terengganu di kakitangan TDM khasnya dan amnya pada masyarakat semua.

“Perkongsian ini secara langsung juga dapat membuka minda kepada semua kelompok dan generasi untuk memahami sejarah yang menjadi lagenda yang perlu diwarisi dan difahami,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: