Thursday, 1 August 2019

SM Sains Hulu Terengganu Menang Anugerah Di Korea Selatan

SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu berjaya mengharumkan nama Terengganu setelah menerima Anugerah Khas Korea Evaluation Institute Of Industrial Technology (KEIT) dalam Pertandingan The 14th International Standards Olympiad yang diadakan di Anseong, Korea Selatan. 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pelajar dari setiap negara telah diberi tugas untuk menghasilkan satu piawaian atau teknikal dokumen yang bertajuk ‘Robots for Household Use - Performance Criteria and Related Test Methods for Dry Cleaning Robot (Upper School Category) and Unmanned Aerial Vehicle - Performance Criteria and Test Method of Camera Drone (Middle School Category)’.

Anugerah itu dicapai setelah mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam standard (teknikal) penulisan dokumen, pembentangan lisan dan semangat kerja berpasukan.

Sementara itu, tiga lagi pelajar Malaysia dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pahang, memenangi anugerah tertinggi sebagai pasukan terbaik di pertandingan tersebut.

Farhah Batrisyia Abdul Rahim, Nur Amalina Diyana Azman dan Nur Isyirah Zulkafli, serta guru mereka, Rose Nabiella Muhd ​​Rusli, berjaya merangkul Anugerah Perdana Menteri Republik Korea sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,958.33.

Pasukan itu berjaya mengalahkan 48 pasukan dari sembilan negara iaitu China, Ecuador, Indonesia, Jepun, Kenya, Malaysia, Korea Selatan, Peru dan Singapura yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Agensi Teknologi dan Standard Korea (KATS) serta Persatuan Piawaian Korea (KSA), pelajar bukan sahaja diuji oleh pengetahuan standard daripada perspektif teori, tetapi kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi turut ditekankan.

Dengan itu, ia akan mewujudkan peluang yang menarik dan dinamik dalam kalangan generasi muda untuk menerokai dunia standardisasi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: