Wednesday, 7 August 2019

Pesta Buku Big Bad Wolf 'Terkam' Terengganu

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Karnival buku bertaraf antarabangsa 'Big Bad Wolf' (BBW) yang menjadi buruan para peminat buku buat julung kalinya bakal berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus bermula 8 hingga 19 Ogos ini.

BBW telah lama mendapat tempat di hati ‘ulat buku’ seluruh Malaysia sejak ia mula dianjurkan sepuluh tahun yang lalu merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh pengemar bahan bacaan pantai timur.

Karnival tersebut menawarkan buku-buku  pelbagai genre serta terbitan syarikat antarabangsa dan tempatan dengan harga menarik serta  diskaun bermula 75 peratus sehingga 95 peratus.

BBW yang beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam akan memberi kepuasan selain memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk meneroka segala jenis buku yang terpamer di sana.

Penggemar buku seluruh negeri Terengganu pastinya tidak sabar lagi untuk memburu bahan bacaan sekali gus menjadikan BBW sebagai himpunan terbesar pencinta buku.

Semoga rakyat negeri Terengganu tidak lepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival jualan buku yang sering menggegarkan dunia buku negara itu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: