SETIU, 1 Ogos
- Peningkatan yuran perkhidmatan sebanyak 113 peratus daripada RM328 kepada
RM700 di Universiti Teknologi Mara (UITM) menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak serius
dalam menangani isu mahasiswa lapar.
Ahli Parlimen Setiu,
Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, sehingga kini janji Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan
bantuan makanan lengkap kepada mahasiswa universiti awam masih lagi tidak
berlaku.
Sebaliknya pula berlaku
kenaikan yuran lain yang bakal menyebabkan anak muda terpaksa menanggung
bebanan berganda.
"Sebelum ini, saya
ada mengeluarkan cadangan agar kerajaan mengurangkan kos pengajian bagi
golongan B40 agar mahasiswa dapat menggunakan wang tersebut bagi menampung kos
sara hidup.
"Kerajaan juga mesti
memperkasakan mekanisme ‘wakaf pendidikan’ agar sebahagian kos pengajian dapat
dialihkan daripada bebanan para pelajar tanpa menjejaskan kewangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan.
"Langkah ini telah berjaya di Universiti Al-Azhar yang sekali gus mampu mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan," ujarnya.
"Langkah ini telah berjaya di Universiti Al-Azhar yang sekali gus mampu mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan," ujarnya.
Beliau mengulas dalam
satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Facebooknya, semalam.
Beliau turut menggesa
supaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Kementerian Pendidikan
mengambil peduli dengan nasib rakyat yang berdepan masalah peningkatan yuran
pengajian.
"Kerajaan sewajarnya
menonjolkan sikap peduli rakyat seperti mana yang dilaung-laungkan terutama isu
peningkatan yuran IPT yang jelas sekali membebankan
mahasiswa dan tidak mustahil isu mahasiswa lapar, mahasiswa ikat perut berulang
lagi," tambah beliau.
0 komen: