Thursday, 8 August 2019

Masyarakat Asli Perlu Diberi Perhatian

SHARE

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 7 Ogos- PAS Kawasan Besut (PKB) dibawah Lujnah Dakwah baru-baru ini berkesempatan menyantuni masyarakat Orang Asli dalam Misi Dakwah dan Kebajikan Orang Asli di Pedalaman Hulu Sayap,Hulu Besut.

Ahli Jawatankuasa PKB, Dr.Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya mengambil pendekatan mendekati golongan tersebut atas dasar prihatin dan tanggungjawab menyampaikan dakwah terhadap mereka.

“Kita mengharapkan masyarakat Orang Asli di sini akan terus mendalami Islam dan hidup dalam kerukunan Islam.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan surau kampung mereka ini tempat mereka belajar ,berhimpun dan tempat untuk menguatkan ukhwah diantara satu sama lain,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mengetuai program tersebut.


Pada program tersebut juga wakil pejabat penyelaras Parlimen Besut juga telah menyampaikan sumbangan pakaian dan makanan kepada 32 keluarga.

Katanya, seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor dan wakil Muslim Care turut sama dalam misi dakwah itu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: