Tuesday, 6 August 2019

Lakukan Ibadah Korban Untuk Mencari Keredhaan Allah

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 6 Ogos- Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Waliyuddin Johari menyeru anggota masyarakat beragama Islam melakukan ibadah korban demi mencari keredhaan Allah.

Malah katanya, umat Islam juga perlu menghayati sepenuhnya ibadah korban agar apa yang dihasratkan oleh kerajaan negeri melalui prinsip Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS) akan dapat direalisasikan apabila semua rakyatnya beriman dan bertakwa.

“Justeru, akan melahirkan sifat berkasih sayang diantara anggota masyarakat. Dimana yang susah dan miskin akan dicaknai, daging korban akan dihulurkan bagi memastikan beroleh nikmat sepertimana orang lain.

"Mereka yang menerima pula sudah tentu gembira, malah akan menambahkan ikatan persaudaraan yang kuat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kuliah Khas Ibadat Korban, di Masjid Bukit Besi, semalam.

Katanya, hikmah melakukan ibadah korban cukup besar dimana sifat cintakan dunia dan harta akan terhakis.

"Antara punca kepada ketidakcanaan dengan masyarakat sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri adalah kerana wujudnya didalam diri perasaan cintakan dunia dan sayangkan harta," ujarnya.

Sedangkan katanya, setiap harta yang diperolehi bukan semata-mata untuk diri sendiri, kerana pada harta yang diperolehi ada bahagian yang perlu dihulurkan kepada insan yang memerlukan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: