Wednesday, 28 August 2019

Kunjungi SATU, Tambah Baik Isu Berbangkit

SHARE

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Banyak perkara dapat ditambah baik dalam Lawatan Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri ke Pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU) semalam.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali berkata, antara yang dibincangkan adalah untuk menyelesaikan pelbagai isu air yang dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri  (DUN) lalu.

“Pada masa sama, kita mendapat maklumat secara berdepan berkaitan pelbagai perkara, antaranya isu paip bocor dan kaedah menyelenggara di kawasan tertentu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dato’ Yahaya turut memberitahu, dalam pertemuan itu wakil-wakil rakyat yang hadir berpuas hati dengan penjelasan pihak SATU atas isu air yang menjadi kegusaran rakyat seperti bekalan air terputus, tekanan air rendah dan paip bocor.

“Manakala pihak Pertubuhan Sejahtera berpuas hati dengan komitmen SATU untuk menyalurkan sebahagian peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk program kepentingan masyarakat setempat,” katanya.

“Oleh itu, pihak kami berharap pertemuan seumpama itu dapat diteruskan kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara badan legislatif dengan anak syarikat kerajaan negeri, malah mengetahui maklumat secara 'first hand',” katanya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: