Saturday, 17 August 2019

Konvoi Merdeka 2019 DUN Buluh Gading Meriah

SHARE


Oleh : Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos – Konvoi Merdeka 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading anjuran Persatuan Sukarelawan Anak Terengganu (PURE) meriah dengan penyertaan 400 buah motosikal.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, konvoi berlepas dari Bangunan Serbaguna Dun Buluh Gading di Kampung Petai Bubus dan bergerak di sepanjang jalan sekitar DUN ini dan seterusnya kembali ke permulaan untuk program seterusnya.

“Saya difahamkan, pendaftaran awal untuk program ini sekitar 500 lebih buah motosikal, tetapi hanya 400 buah sahaja yang hadir untuk berkonvoi," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas  program berakhir petang semalam.

Ridzuan juga berharap agar program untuk anak muda seperti ini tidak terhenti di sini sahaja, tetapi penganjurannya akan diteruskan pada masa akan datang.

Tambahnya,  para pemuda perlu menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dengan memerdekakan minda dan cara hidup dari unsur- unsur yang tidak baik.

“Kita semua kena kembali dan beramal dengan Islam itu sendiri sebagai bukti yang kita merupakan hamba yang benar-benar merdeka dari segala bentuk penjajahan.

“InsyaAllah kita akan semarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini dengan program sepuluh ribu langkah dan marathon pada 30 Ogos ini," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: