Saturday, 31 August 2019

Kesejahteraan Hari Ini, Pengorbanan Pejuang Dahulu

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar dan Sulaiman Hafizie

DUNGUN, 31 Ogos - Kesejahteraan dan keharmonian bermasyarakat yang berbilang kaum bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya dibina di atas pengorbanan pejuang yang terdahulu.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pemimpin-pemimpin serta orang-orang tua dahulu berjuang di atas keringat, titik peluh, darah dan kerja kuat.

"Maka marilah kita memelihara apa yang kita lihat dan kestabilan yang dibina," katanya ketika berucap merasmikan penutup Majlis Kayuhan Basikal Ambang Merdeka di Dewan Arena Merdeka, semalam.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah telah merasmikan majlis perlepasan peserta kayuhan tersebut.

Seramai 340 orang peserta telah menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer yang julung kali diadakan itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: