Friday, 16 August 2019

Kenyataan Sensitif Terhadap Dr Zakir Naik, Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

SHARE

Oleh : Ammar Rozlan

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Kenyataan sensitif sesetengah pihak akhir-akhir ini semakin tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau khuatir dengan perkembangan akhir akhir ini yang mana banyak perkara sensitif ditimbulkan.

Katanya, terkini soal berkait dengan tokoh pendakwah yang diterima di peringkat dunia sebagai seorang pendakwah islam dan di Malaysia sendiri Dr Zakir Naik ialah penerima tokoh maal hijrah tahun 2013 yang dipilih oleh kerajaan.

"Penerima Tokoh Maal Hijrah sudah tentulah melalui penapisan yang ketat dan juga berkait dengan isu Agama serta berkait dengan bidang kuasa yang di Pertuan Agong, jadi sewajarnya penghormatan tertentu diberikan kepadanya.

"Kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap Dr Zakir Naik oleh sesetengah pihak ini adalah menyentuh sensitiviti seluruh umat islam," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Program Khidmat Masyarakat Bergerak di perkarangan Surau Baru Pulau Kambing, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

Amzad juga berharap supaya berhemah didalam memberikan pandangan.

Beliau juga menyeru semua pihak sempena kemerdekaan ini supaya menyemarakkan perpaduan ummah dikalangan rakyat negara tercinta.

" Ini kerana dengan perpaduan ummah juga, insyaAllah dapat membina negara yang stabil dari segi politiknya, juga aman dan sejahtera untuk seluruh rakyat di negara kita," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: