Thursday, 8 August 2019

Kelas Tajwid Percuma Satukan Masyarakat Batangan Terengganu

SHARE
Ibrahim Mohamad sedang mengajar tajwid.


Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 8 Ogos - Seruan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera disambut baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batangan yang menganjurkan kelas tajwid secara percuma sekaligus ia berjaya menyatukan penduduk di sana.

Ketua Biro Wanita MPKK Batangan, Gayah Sulong, 50, berkata kelas mengaji dan pengenalan tajwid itu diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian al-Quran kepada masyarakat pedalaman.

Ujarnya, pengajian secara mingguan itu melibatkan lebih 30 pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada ahli kariah Surau Nurul Ittifaq di samping turut menarik minat pelbagai lapisan masyarakat walaupun berbeza ideologi parti.

“Melalui kelas sebegini ini kita akan dapat mengajar orang kampung mengenali dan memahami isi-isi ayat al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah disini.

“Kelas tajwid yang kami anjurkan ini diadakan secara percuma bagi memberi peluang kepada orang kampung memahami ayat Al-Quran secara lebih meluas walaupun kami tinggal sedikit jauh daripada orang lain,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Surau Nurul Ittifaq dalam ziarah mahabbah isteri Ahli Parlimen Marang, di sini hari ini.

Sementara itu, Guru Kelas Tajwid, Ibrahim Mohamad, 63, berkata, walaupun kelas mengaji anjuran MPKK Batangan sudah menjangkaui usia setahun, namun ia masih mendapat sambutan yang hebat daripada punduduk setempat.

“Saya mula mengajar kelas tajwid secara percuma ini setelah tamat mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada setahun yang lepas,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: