Saturday, 31 August 2019

Kekalkan Keamanan Untuk Kesejahteraan Rakyat

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 31 Ogos - Mengekalkan keamanan yang telah dikecapi mampu untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, rakyat perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang elemen yang menggugat negara.

“ Keamanan yang sedia ada ini perlu dijaga sebaik mungkin agar keharmonian rakyat tidak terjejas.

"Ketika saya berkunjung ke Syiria, saya melihat sendiri demostrasi jalanan diluar negara lebih teruk dengan tembakan senjata api dan rusuhan." jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ambang Kemerdekaan 2019 yang berlangsung di Dewan Terbuka, Seberang Jerteh, baru-baru ini.

Menurutnya, program beekenaan  dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Jerteh bagi meraikan Hari kemerdekaan kali yang ke 62.

“Program sebegini amat sesuai bagi memberi kesedaran terutama kepada penduduk kampung tentang kepentingan menjaga keamanan negara," ujar beliau.

Tambahnya, sekitar 100 orang penduduk kampung hadir bagi memeriahkan majlis.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: