Wednesday, 7 August 2019

Ke Arah 10 Peratus Durian Malaysia Di Pasaran China

SHARE
Ishak (dua dari kiri) melawat gerai jualan rambutan di Perkarangan Pejabat FAMA Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk meningkatkan eksport pasaran durian segar ke Republik Rakyat China sehingga mencapai 10 peratus di masa hadapan.

Pengerusi FAMA Haji Ishak Ismail berkata  kini FAMA berjaya mengeksport sebanyak satu peratus pasaran China bersaing dengan negara-negara pengeksport lain termasuk Thailand dan Singapura.

Katanya, pada tahun ini, dijangka sebanyak 2,500 tan metrik buah durian segar akan diproses bagi pasaran tempatan dan luar negara membabitkan lapan pusat memproses buah-buahan termasuk Beseri, Perlis, Sungai Petani, Kedah, Batu Kurau, Perak, Chui Chak, Perak, Tangkak Johor, Jerantut, Pahang, Besut, Terengganu dan Machang, Kelantan.
Longgokan durian dengan harga Serendah RM5 sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada Media sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 40 metrik tan durian dijual terus dari ladang di beberapa  gerai jualan bermula dengan harga RM5 sekilogram.
Seorang pengunjung Durian Day FAMA di Pulau Kambing, mempamerkan isi durian yang mengancam selera penggemarnya hari ini.

Menurutnya sebanyak 76 metrik tan buah-buahan segar tempatan dijual di tapak pelancaran berkenaan termasuk durian, rambutan, cempedak, dokong, manggis dan rod mellon.

Di samping itu seramai 17 usahawan produk Industri Asas Tani (IAT) berasas durian turut serta di majlis berkenaan.

Katanya, antara produk dijual di situ termasuk Cookies Durian, Moon Cake Durian, Kek Lapis Durian, Talam Durian, Ais Krim Durian, Sambal Tempoyak Petai.
Peniaga kuih muih berasaskan durian memperagakan kuih jualan mereka di Durian Day FAMA Pulau Kambing hari ini.

Bekang Durian, Lemang Durian, Benderam Durian, Kuih Bunga Durian, Durian Shake, Soft Ice Cream Durian, Pizza Durian atau Crepe Durian, Bakso Durian dan Cream Puff Durian.

Ishak juga berkata, FAMA turut menjual durian secara dalam talian melalui Portal Agrobazaar Onlinenya (ABO).


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: