Thursday, 15 August 2019

Hari Tasyrik Pupuk Semangat Komuniti

SHARE
Ridzuan Hashim.

Oleh : Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Konsep gotong-royong dan kerjasama pada hari tasyrik berjaya memupuk semangat komuniti dikalangan penduduk kampung.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Petiti, Awang Salleh berkata, hari tasyrik merupakan hari kebesaran dalam Islam dan ramai perantau mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk melakukan ibadat korban.

“Kita juga mengambil peluang ini ketika ramai perantau pulang untuk menganjurkan kejohanan futsal pada sebelah malam.

“Setelah pada siang hari kita bergotong-royong menguruskan ibadat korban, malamnya kita bersukan pula supaya keramahan antara penduduk sentiasa berkembang,” ujar beliau

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Tertutup Bukit Petiti yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Bukit Petiti, kelmarin.
Anak muda komited membudayakan amalan sihat dalam kehidupan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim turut berucap dalam majlis berkenaan berkata, dengan semangat kerjasama yang tinggi antara masyarakat kampung itu, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan 16 pasukan futsal dari serata kampung.

“Tahniah kepada pengurusan MPKK Kampung Bukit Petiti kerana bijak mengintai peluang dalam meraikan bakat dan minat anak-anak muda.

“Penerimaan masyarakat terhadap penganjuran aktiviti merupakan kesan yang positif dalam membangunkan komuniti setempat,” katanya.

Beliau juga berharap agar para pemuda tidak hanya menumpukan kepada aktiviti sukan semata-mata, sebaliknya turut sama menghayati kehidupan sebenar sebagai hamba Allah dengan sentiasa memantapkan ilmu.

“Terutamanya ilmu Fardu Ain agar ia menjadi benteng yang akan memelihara kehidupan kita semua.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: