Thursday, 15 August 2019

Elak Judi Dalam Sukan Bola Sepak

SHARE


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos – Semua aktiviti sukan termasuk kejohanan bola sepak berupaya menerapkan ukhuwah dan bukannya dianggap sebagai hiburan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata  sebagai umat islam, tidak wajar sama sekali menjadikan sukan bola sepak sebagai hiburan sebagaimana yang dilakukan masyarakat di negara barat..

“Umum mengetahui, masyarakat di negara itu gemar menjadikan sukan bola sepak sebagai bonus menghasilkan duit melalui pelbagai cara, terutama judi.

“Perkara itu jelas haram di sisi agama islam dan pastinya akan dilaknat Allah. Oleh itu, masyarakat perlu peka perkara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Jersi Pasukan di Dewan Dato Wan Mutallib, Kuala Ibai semalam.

Pasukan Budiman FC, Kuala Ibai Pantai FC, Padang Negara FC dan Island FC adalah empat pasukan yang berjaya mewakili DUN Batu Buruk ke Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung dalam tempoh masa yang terdekat.

Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri turut memberitahu semangat persaudaraan dan silaturahim berjaya dipupuk untuk membina masyarakat yang lebih baik.

“Apa yang penting,kita tunjukkan semangat kesukanan,mengikut peraturan dan undang-undang,mengawal emosi supaya kita bermain dalam suasana matang dan Sejahtera.Matang dan Sejahtera bukan sahaja di dalam politik bahkan di dalam bola sepak pun mesti diterapkan.

“Dalam bola sepak,banyak nilai-nilai islam boleh diterapkan di dalam sukan ini yang bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan ,” katanya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: