Thursday, 8 August 2019

' The Durian Day ' Dapat Sambutan Hangat

SHARE

Oleh : Hidayah Azlin 

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos -  Program jualan terus dari ladang ‘ The Durian Day ‘  diserbu  orang ramai sejak pagi sehingga habis jualan dengan pelbagai pilihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata program ini bertujuan menjual buah-buahan antara pengeluar dan pengguna secara terus tanpa peranan orang tengah. 

‘’ Dengan ini rantaian bekalan boleh disingkatkan dan pengeluar boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi serta pengguna boleh dapat buah-buahan dengan harga yang lebih murah.

‘’ Pelbagai pilihan buah-buahan tersedia seperti durian kampung, durian D24, salak rod mellon, cempedak, manggis, rambutan, petai dan dokong. Selain itu, produk-produk lain yang berasaskan durian turut tersedia seperti aiskrim durian, lemang durian, cream puff durian dan banyak lagi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas melawati gerai-gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Jualan Durian Day – Jualan Anak Beranak & Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian & IAT Negeri  Terengganu 2019  di Pejabat FAMA Terengganu, semalam.


Pada masa yang sama, Dr. Azman turut memperkenal dan mempromosikan buah ikon Negeri Terengganu, Melon Manis Terengganu (MMT) yang mempunyai keunikan tersendiri.

“MMT  tidak sama dengan melon manis lain samada dari segi kemanisan, kerangupan, warna kulit dan isinya.

"Walaupun mungkin harganya agak tinggi dengan harga RM8 sekilogram tetapi sesiapa yang mencuba kali pertama pastinya akan mencari lagi,’’ jelasnya.

Beliau turut berterima kasih kepada FAMA di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.

"InsyaAllah, kita akan meneruskan lagi kerana musim buah Terengganu masih panjang akan menyusul. Selepas ini  duku Terengganu pula tiba, cuma yang ada ini duku dibawa dari negeri lain semestinya rasanya tidak sama,’’ ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: