Thursday, 8 August 2019

Dungun Perintis Penubuhan Imtiaz Mandarin

SHARE

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu akan membuka sebuah pusat Tahfiz Mandarin atau Imtiaz Mandarin dalam usaha melahirkan para pelajar dan huffaz yang mampu menguasai bahasa tersebut.

Pengarahnya, Ishamudin Hashim berkata, Imtiaz Dungun merupakan perintis kepada pusat tahfiz berkenaan yang bakal dibuka mulai tahun hadapan.

“Buat masa ini, kita sedang menjalankan kerja-kerja pembangunan fizikal termasuk dari segi kemudahan asrama dan kita jangka beroperasi bermula tahun depan.

"Pendekatan ini diambil memandangkan kita mempunyai pelajar Melayu yang belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Program Khas Asasi Imtiaz Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Majlis perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Maliaman Kassim.

Katanya, pembukaan sekolah Tahfiz Mandarin seumpama itu tidak memerlukan kos besar kerana ia menggunakan bangunan sedia ada manakala pengajian yang digunapakai adalah berdasarkan modul sekolah Imtiaz.

"Peruntukan sebanyak RM500,000 telah disalurkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan kemudahan asrama dan lain- lain," ujarnya.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: