Friday, 9 August 2019

Dr. Azman Tempelak Sebaran Maklumat Palsu

SHARE

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 9 Ogos – Penyalahgunaan kemudahan teknologi untuk mencetus huru-hara dengan menyebarkan maklumat palsu boleh memberi impak negatif samada kepada seseorang, institusi, masyarakat, negeri mahupun negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, teknologi dunia dihujung jari ini akan memudaratkan sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Mengulas lanjut kes penyebaran maklumat palsu yang tular sejak beberapa hari lalu di laman sosial berkaitan makluman kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengumpulkan maklumat  pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi bagi menerima sumbangan pada hari ini, beliau menegaskan, ia adalah makluman palsu.

“Kita di Jabi bekerja dengan standard pengurusan yang baik. Ada surat dan kaedah untuk pemakluman sesuatu perkara kepada MPKK.

Sebaran makluman melalui aplikasi Whatsapps dengan bahasa rojak dan ejaan cincai bukan standard kerja kita,” tempelaknya.

Dr. Azman beranggapan, penyebaran tersebut bertujuan memburukkan nama kepimpinan negeri di kalangan rakyat dan memohon agar masyarakat tidak terpengaruh dengannya.

“Walaupun dengan mudah menekan satu ‘click’, kesannya amat  memudaratkan. Elakkanlah diri dari bersengkongkol dalam melakukan kemungkaran kerana ia bukan sesuatu yang remeh. Pastikan kesohehannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya,” katanya.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: