Sunday, 11 August 2019

Cuti Hari Arafah, Rebut Peluang Tingkatkan Ibadah

SHARE


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 11 Ogos - Pengisytiharan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah sebagai cuti umum di Terengganu menandakan tarikh tersebut penting untuk diingati dalam hidup setiap Muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang, Alias Harun yang turut mengalu-alukan pengiystiharan tersebut berkata Hari Arafah adalah sempena 'wukuf di Padang Arafah' merupakan hari yang digalakkan  berpuasa, memperbanyakkan doa, zikir dan banyak lagi amalan yang dijanjikan Allah dengan ganjaran yang berganda.

"Jadi, dengan diberi cuti, memberi peluang untuk rakyat melakukan amalan-amalan untuk merebut ganjaran yang tiada pada hari lain, ini memberi galakan kepada rakyat," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas menyaksikan penyembelihan lembu korban di beberapa tempat di DUN Rantau Abang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  pengiystiharan Hari Arafah sebagai cuti umum untuk Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jumaat lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri  sentiasa ingin melihat rakyatnya mempergiatkan ibadah agar menjadi hamba yang soleh.

"Terengganu adalah negeri pertama yang menjadikan Hari Arafah sebagai cuti umum, dan sewajarnya rakyat menggunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturrahim, kerana simbolik hari tersebut adalah untuk penyatuan umat Islam.

"Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: