Saturday, 3 August 2019

Bantu Laksanakan Ibadah Dengan Sempurna

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 Ogos - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bukan sahaja berperanan menyediakan prasarana yang selesa kepada masyarakat malah membantu rakyat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Alias Harun berharap MPKK tidak memandang ringan perkara tersebut.

"Jika ada di antara mereka yang tidak mampu ke surau solat berjemaah, maka MPKK kena bantu, ambil mereka di rumah dan bawa bersama," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika  menziarahi sebuah rumah warga emas di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir di sini kelmarin.

Ziarah rutin dua kali seminggu ke setiap kampung diatur oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN tersebut dengan kerjasama MPKK terlibat.

"Mereka bukan sahaja boleh bersolat jemaah tetapi juga dapat mendengar kuliah, yang mana dapat membaiki kehidupan agar lebih diberkati," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: