Saturday, 3 August 2019

Ayah Chik Tak Balah Sejak Di Bangku Sekolah

SHARE

Oleh: Aziz Hambali

MARANG, 3 Ogos - Berbalah atau bergaduh dalam hidup seseorang adalah perkara normal dalam kehidupan.

Namun, sikap bergaduh dengan sesiapa tiada pada batang tubuh seorang Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dipanggil oleh orang kampung sebagai 'Ayah Chik'.

Kawan sekelas beliau di Sekolah Menengah Agama Marang, Mohammad Idris, 74, yang berasal dari Seberang Marang dengan bangga menceritakan kisahnya yang pernah melalui liku hidup bersama Ayah Chik sejak di bangku persekolahan lagi.


Katanya, berbalah atau bergaduh dengan orang adalah perkara yang dijauhi dalam kamus hidup Ayah Chik.

"Kalau berlaku juga, Ayah Chik akan cepat-cepat menghindarkan diri daripada pergaduhan.

"Saya tinggal bersama isteri di Jeli, Kelantan. Berpisah dengan Ayah Chik sejak tahun 60-an selepas tamat persekolahan.

"Selepas daripada itu tidak jumpa-jumpa setelah saya berhijrah kembali ke daerah Marang di Kampung Setar Kanan," ujarnya lagi.

Beliau ditemui dalam program Ziarah Mahabbah Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah' yang diadakan dua kali seminggu di lokasi berlainan sekitar daerah Marang.


Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan ahli jawatankuasa Helwa DUN Rhu Rendang.

Che Ngah turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada anak Mohammad, Ahmad Faiz Mohamad, 34, Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kemalangan motosikal baru-baru ini.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: